PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Pages

Thursday, 2 August 2012

ISU PPSMI

PENDAHULUAN

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan pada tahun 2003 pada dua peringakat iaitu sekolah rendah dan sekolah menegah. Peringkat pertama PPSMI ini dilaksanakan diperingkat Tahun 1 iaitu diperingkat sekolah rendah, manakala peringkat kedua merupakan peringkat sekolah menegah pada Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dasar ini merupakan cadangan mantan Perdana Menteri  Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. PPSMI sebenarnya adalah berdasarkan konsep memantapkan bahasa Inggeris dan memartabatkan bahasa Melayu. Dapat dilihat bahawa bahasa Melayu tetap dimartabatkan dan tidak disishkan oleh dasar PPSMI ini. Menurut mantan Perdana Menteri kita yang ke-4, dasar ini digubal dengan harapan dasar ini menjadi kelebihan kompetitif disebabkan bahasa Inggeris menjadi agenda penting dalam pemodenan negara dan kebolehan negara bersaing dalam era globalisasi. Dalam mencapai kemajuan dalam era globalisasi ini generasi masa kini dan akan datang mestilah mampu menguasai sains dan teknologi di tahap yang tinggi serta berupaya menjana ilmu dan teknolgi baru di masa akan datang dan sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam era ekonomi berasakan pengetahuan yang perlu dipertingkatkan.
Dalam mencapai matlamat dalam ini terutamanya, Sains  dan Matematik memainkan peranan dan menjadi batu asas kepada kemajuan dan pembagunan negara. Perkembangan dalam bidang  ini berlaku dengan cepat dan penyelidikan kepada setiap aspek sains dan matematik berlaku hampir setiap hari. Maka pendedahan kepada perubahan ini perlu dikemaskini oleh setiap individu. Pada masa kini, maklumat dan penerokaan yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bahasa Inggeris. Maka bahasa Inggeris menjadi satu unsur yang penting dalam mengembangkan Sains dan Matematik. Boleh dikatakan bahawa PPSMI ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknolgi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Ingeris.


KONSEP DAN PENGERTIAN

Fenomena yang kini dihadapi dalam sistem pendidikan Malaysia merupakan pencapaian bahasa Inggeris. Dalam menghadapi cabaran ini, maka kerajaan telah melasanakan PPSMI bagi mengatasi masalah ini sekaligus mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Peringkat awal pelaksaan PPSMI ini mendapat pelbagai cabaran terutamanya dari pihak guru dan murid yang menghadapi perubahan secara tiba-tiba. ”Sains dan Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini  merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara.  Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam Bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa konteks dalam bahasa Inggeris. (Kenyataan Akhbar Menteri Pelajaran, 20 Julai 2002)
Malah mantan Perdana Menteri kita yang ke-4 telah mengerikan bahawa bahasa Inggeris ini dimantapkan dan bahasa Melayu dimartabakan. Dalam Persidangan Kongres Pndidikan Melayu 1 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur beliau berkata bahawa ”walaupun terdapat sekolah kebangsaan yang cemerlang tetapi prestasi kebanyakannya adalah rendah. Oleh sebab penuntut di sekolah kebangsaan hampir semuanya Melayu terdiri dari anak Melayu, ini bermaka anak Melayulah menjadi mangsa kemerosotan prestasi sekolah-sekolah kebangsaan. Soalnya ialah apakah kita harus memejamkan mata dan menyerahkan kepada takdir kerana kita sanggup menghadapi realiti dan cabaran, atau apakah kita sanggup berhadapan dengan masalah yang menyerang bangsa kita, walaupun ia memalukan dan mencemar imej bangsa kita?”


ISU-ISU BERBANGKIT

Isu memantapkan bahasa Inggeris menjadi salah satu sebab dimana PPSMI ini digubal. Bahasa Inggeris ini sebenarnya menjadi alat komunikasi antara manusia yang menggunakan dua bahasa yang berlaianan. Dato Dr.Hassan Ahmad iaitu bekas pengarah Dewan Bahasa Pustakan (DBP) telah mengatakan bahawa “manusia sejagat dapat berkongsi pemikiran dan ilmu yang pasa asasnya sama, walaupun pandangan hidup mereka berbeza dari segi budaya partikular”. Ini dilahat dari aspek pertutan, jika dipandang dari aspek pendidikan isu menjadi perhatian supaya para pelajar menguasai bahasa Inggeris supaya dapat mancapai tahap komunikasi dan kecekapan bahasa yang efektif. Bahasa Inggeris menjadi satu bahasa yang penting sekiranya pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara sekaligus mencapai objektif karajaan dalam mencapai kemahuan dalam era globalisasi. Perkara ini dikukuhkan lagi oleh mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Hari Guru 2002 dimana beliau mengatakan bahawa  “kita harus menerima hakikat bahawa di dalam era globalisasi penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang utama sangat berguna untuk meningkatkan keupayaan menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi termasuk ICT dan meningkatkan peranan yang lebih luas dan berkesan dalam hubungan antarabangsa.
Dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ini, seseorang itu perlu menguasai bahasa Inggeris yang mantap ini kerana modal insan yang berkualiti ini merupakan peneraju wawasan negara 2020. Wawasan 2020 ini merupakan kekuatan kepada negara yang menuju ke arah kemajuan sosial dan ekonomi yang lebih mantap serta menghadapi cabaran dan persaingan gobal yang semakin sengit. Kini kemajuan dan ekonomi negara sedang melonjak kearah sempadan negara di mana, penduduk Malaysia yang mampu menguasai dan bertutur bahasa Inngeris diperlukan terutamanya dalam Sains dan Matematik yang mencengkam kemajuan dan ekonomi negara. Sebagai contoh, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris dan pandai menterjemahkan aspek-aspek Sains dan Matematik. Kajian Anisfield (1964) juga mendorong kepada isu penguasaan Bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik dimana kajian menujukkan pelajar-pelajar bilingual mempunyai kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan keupayaan berfikir lebih baik. Malah, personaliti pelajar bilingual adalah lebih baik berbanding dengan monolingual. Pelajar bilingual juga didapati mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual. Isu penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu isu terpenting dalam mengubal PPSMI ini di mana pemantapan bahasa Inggeris dilakukan dengan memartabatkan bahasa Melayu sekali.
Jurang antara pelajar luar bandar dan bandar juga menjadi buah mulut dalam pelaksanaan PPSMI.  Masalah ini biasanya dihadapi oleh golongan yang berpendapatan yang rendah yang kebanyakkannya tinggal di kawsan luar bandar. Kemudahan asas yang kurang menjadi salah satu sebab dimana mereka terpinggir dari arus pemodenan. Kesannya dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar dimana mereka mempunyai masalah dalam perubahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini menyebabkan mereka tercicir dalam penguasaan dasar PPSMI. Isu ini menjadi perhatian umum terutamanya. Ketidaksediaan dalam perubahan dalam sistem pelajaran mereka menyebabkan mereka tercicir dalam arus perubahan ini. Kurangnya pertuturan harian bahasa Inggeris juga salah satu sebab jurang dengan pelajar bandar. Mereka hanya mempraktikan bahasa Inggeris dalam kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah mereka. Mereka jarang bertutur bahasa Inggeris dengan rakan-rakan mahupun dengan ahli keluarga dalam bahasa Inggeris. Ibu bapa yang kurang berpelajaran atau tidak tahu bertutur bahasa Inggeris menjadi salah satu kekangan dalam mengembangkan bahasa Inggeris. Masyarakat-masyarakat luar bandar terutamanya beranggapan bahawa menguasai bahasa Inggeris ini akan melenyapkan adat ketimuran mereka yang boleh menyebabkan hilangnya identiti mereka. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, didapati bahawa peratusan pelajar luar bandar yang menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dalam bahasa Inggeris adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar luar bandar. Jelas fenomena ini menunjukkan bahawa pelajar luar bandar tidak cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam menjawab soalan peperiksaan. Keadaan ini berbeza dengan pelajar bandar yang memilih untuk menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris.
Isu penurunan prestasi dalam matapelajaran sains dan matematik juga dibangkitkan dalam pelaksanaan PPSMI. Kajian yang dilakukan menujukkan bahawa pencapaian Matematik pada tahun 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada pada tahun 2003 dan 519 mata pada tahun 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Manakala skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada tahun 2007 daripada 510 pada pada tahun 2003 dan 492 bagi tahun 1999 iaitu mencatatkan penurunan sebanyak 40 mata antara tahun 2007 dan 2003. Penurunan prestasi ini menujukkan bahawa kefahaman pelajar dalam subjek ini dalam bahasa Inggeris berada di tahap yang lemah. Menurut satu laporan kajian yang dilakukan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa 81% guru mahukan subjek ini diajar dalam bahasa melayu manakala 72% mengatakan pencapaian pelajar dalam subjek ini cemerlang jika diajarka dalam bahasa Melayu.


CABARAN
Dalam melaksanakan dasar ini, muncul pelbagai cabaran dan tentangan. Tentangan hebat dari golongan sasterawan terutamanya mendapat tentagan yang hebat. Golongan ini termasuk sasterawan negara iaitu Datuk A Samad Said, Prof Mohd Hj. Salleh dan Prof Diraja Ungku Aziz telah membuat bantahan terhadap isu ini dengan membuat penentangan dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009. Antara alasan yang dikemukan ialah membandingkan dengan negara yang pernah dijiajh oleh pihak inggeris yang tidak pernah maju walaupun menggunakan bahasa Inggeris dimana pencapaian Malaysia lebih cemerlang walaupun menggunakan bahasa Melayu. Selain itu, PPSMI kononnya dikatakan membawa ancama kepada bahasa Melayu. Malah terdapat juga golongan sasterawan yang sanggup melepaskan gelaran sekiranya alasan ia menjadi penghalan banthaan ini, iaitu Dato’A Samad Said yang mengatakan  "Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan. Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu’’. Bantahan ini juga disertakan beberapa hujah yang lain yang keseluruhannya menyatakan ketidakpersetujuan dalam pelaksanaan dasar ini. Sebenarnya golongan ini bukalah golongan yang menjadi anti-bahasa Inggeris, tetapi mereka sebagai pejuang bahasa Melayu merasakan dasar ini seperti mencabul kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan kita.
Selain bantahan dari golongan pejuang bahasa ini, gerakan pemansuh PPSMI juga ditubuhkan, iaitu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada awal tahun 2009 yang bermotifkan memansuhkan PPSMI ini. Tunjuk perasaan pertama yang mereka lakukan adalah di perkaragan pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009,dimana turut disertai oleh  golongan saterawan ,ahli jawatankuasa Penulis Nasional (PENA). Kemuncak bantahan GMP ke atas ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI. Melihat kepada cabaran-cabaran ini, pihak kerajaan terpaksa membuat perjanjian meja bulat supaya masalah ini dapat diselesaiakan dengan cara terhormat dan demokrasi.
Selain itu, tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru juga menjadi penghalang kepada pelaksaanan PPSMI ini. Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana hanya 54.7% guru Sains dan 622% guru Matematik mampu menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penguasan bahasa Inggeris bukan sahaja lemah di  peringkat sekolah malah di peringkat institusi di mana bahasa Inggeris tidak digunakan sebagai medium perantaraan pada kelas-kelas lain-lain. Komponen-komponen dalam bahasa Inggeris juga diterjemahkan dan dijelaskan dalam bahasa Melayu oleh para pensyarah dan guru. Pelajar-pelajar merasakan bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang sukar dan baru untuk mereka di mana mereka sukar untuk mengaplikasikan dalam hidup mereka. Kesukaran guru-guru di sekolah juga menjadi lebih sukar kerana mereka seperti belum biasa dengan aspek-aspek dan perkataan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apabila guru menghadapi masalah ini, maka sukar untuk mereka untuk menerangkan kedua-dua subjek ini kepada pelajar.
Disamping itu, masalah kekurangan bahan rujukan juga menjadi salah satu cabaran dalam melaksankan dasar PPSMI ini. Kawasan penempatan yang berada di luar bandar dan juga di kawasan pedalaman menyulitkan pelajar mendapat bahan-bahan rujukan yang sesuai.  Situasi ini menyebabkan pelajar yang ingin mendapatkan bahan rujukan terpaksa mengambil inisiatif dengan keluar ke bandar  untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut. Malah terdapat juga segilintir guru yang kurang berkualiti di mana penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan bakal guru tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk menjadi seorang penyampai yang baik. Tambahan guru yang ada juga tidak memberikan komitmen yang berkesan dalam pengajaran mereka. Guru yang merupakan pelaksana utama kepada dasar ini, namun begitu terdapat dalam kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar yang telah ditetapkan.
Selain itu masalah tenaga pengajar yang mengajar bidang yang bukan pengkhususannya mnejadi perhatian. Sebagai contoh guru subjek Sejarah terpaksa mengambil alih tugas mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sudah pasti tidak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berkesan, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah. Hal ini kerana, kedua-dua subjek tersebut memerlukan pemahaman dan penguasaan yang mendalam. Malahan guru-guru perlu membuat persediaan yang terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bagi guru yang bukan bidangnya akan mengalami masalah dalam proses pengajaran walaupun sudah membuat persediaan terlebih dahulu.


PENDEKATAN
Melihat kepada cabaran-cabaran yang diterima, pendekatan yang sewajarnya telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu dilakukan. Pelbagai langkah boleh diambil dalam memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Contahnya pelajar didedahkan dengan pelbagai program yang berlimu sekaligus membolehkan para pelajar tidak lagi bergelar katak di bawah tempurung. Usaha ini perlulah dimantapkan bermula dari sekolah prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Yang pertama ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan ilmu dan pengembangan ilmu selaras dengan perancangan yang yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuhkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan jelas dapat dilihat dalam Seksyen21(12) Akta pelajaran 1961 yang mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan dan penggunaan satu bahasa ini juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat. Antara kejayaan yang dapat dilihat ialah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti–universiti lain dalam perlaksaan bahasa Melayu untuk pelbagai bidang ilmu. 
Disamping itu, setiap kerajaan mahupun swasta perluah merancang dan menganjurkan pelbagai kegiatan yang dapat menyemarakan pembudayaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan martabat Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang sastera atau hanya terhad kepada institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera sahaja. Dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris, pendekatan yang rasional perlu dilakukan. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan guru serta penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kelas atau bilik darjah. Kursus bahasa Inggeris (ETEMS) yang diberikan kepada para guru PPSMI ini perlu dimantapkan lagi. Sekiranya waktu pengajaran bahasa Inggeris dikelas berlaku, maka guru-guru perlu memastikan pelajar-pelajar turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di dalam kelas. Ini memastikan penguasan bahasa Inggeris menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Walau bagaimanapun, kekangan-kekangan dalam isu jurang antara pelajar luar bandar dan pelajar bandar ini dapat diatasi dengan beberapa cara.  Masalah kekurangan bahan-bahan rujukan dalam isu jurang anatara pelajar bandar dan pelajar luar bandar perlu diatasi dengan segera agar para pelajar tidak ketinggalan dalam apa yang diajarkan. Antara bahan-bahan rujukan yang boleh membantu pelajar memehami subjek Sains dan Matematik dengan lebih berkesan ialah dengan menyediakan pakej yang terdiri daripada komponen-komponen  seperti buku teks dalam bahasa Inggeris yang menjadi rujukan utama pelajar mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran pembelajaran Sains dan Matematik. Pendekatan-pendekatan ini akan terlaksana dengan adanya kerjasama dari semua pihak terutamanya.


PENUTUP
Kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malysia masih berada di tahap yang rendah. Sudah tentu kita pernah mendengar rungutan majikan yang mengatakan bahawa graduan yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak mampu bertutr dalam bahsa Inggeris dengan baik. Bahasa Inggeris merupaka satu bahasa global yang perlu dikuasai oleh semua orang. Penguasaan bahasa Inggeris yang mantap menjamin kejayaan negara dalam era globalisasi ini. Para pendidik bertanggunjawab dalam menyuburkan pengajaran mereka di kelas. Sokongan dan dorongan guru mahupun ibu bapa perlulah senantiasa bersama anak-anak mereka. Amalan pengurus sekolah dalam memimpin pelaksanaan PPSMI di sekolah akan menentukan sejauh mana keberkesanan serta peningkatan pencapaian guru dan murid. Terdapat 5 fungsi utama yang menjadi tanggungjawab pemimpin ini dalam menjayakan PPSMI serta mana-mana program akademik di sekolah iaitu menetapkan sasaran aspek peningkatan pencapaian guru dan murid, memberi sokongan dan penekanan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memantau dan memberi maklum balas kepada guru, menguruskan pelaksanaan kurikulum, serta membuat penilaian program-program akademik. Dasar ini perlulah diperkasakan manakala bahasa Melayu dimantapakan. Kedua-dua bahasa ini perlu dibawa seiring dengan kemajuan negara. Kedua-dua bahasa ini menjadi tunjang kepada negara kita. Segala pergolakan dalan isu ini perlulah dihentikan agar anak-anak kita tidak menjadi magsa kepada masalah ini yang boleh menyebabkan mereka sendiri keliru dengan dasar negara yang sebenar, sampai bila kita akan gunakan mereka sebagai “tikus-tikus ujian” dalam eksperimen kita?.

No comments:

Post a Comment

Menyingkap Sejarah Lalu