PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Pages

Thursday, 2 August 2012

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

PENERANGAN TUGASAN

Tugasan : Pemerolehan Ilmu, Penguasaan Ilmu dan Kemahiran

Tranformasi pendidikan seharusnya berterusan supaya sistem pendidikan negara sentiasa relevan dengan keperluan semasa. Justeru, dengan pelaksanaan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di samping berdepan dengan masalah tekanan emosi murid. Ini bermakna guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara profesional.

Berdasarkan pernyataan di atas, tugasan anda terbahagi kepada 3 bahagian iaitu


BAHAGIAN A (Individu) : Pemerolehan Ilmu dan Penguasaan Ilmu

Tuliskan satu refleksi yang analitikal berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid berdasarkan pengalaman anda di sekolah.
  i)  Kenal pasti jenis-jenis gangguan emosi yang dialami oleh murid anda.
 ii) Apakah punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid tersebut.
iii) Bagaimanakah anda sebagai guru menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan murid tersebut.
(30  MARKAH)


BAHAGIAN B (Dalam kumpulan - 2 orang) - Penguasaan Ilmu dan Kemahiran

Penggunaan 'blog' adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus GURU DAN CABARAN SEMASA. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini.
(40 MARKAH)


BAHAGIAN C (Dalam kumpulan - 2 orang)

Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti, program i-Think telah mula diperkenalkan di beberapa buah sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai bakal guru, anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan lapan "thinking maps" berdasarkan tajuk pilihan anda (tajuk yang telah ditetapkan dalam penghasilan blog).
(30 MARKAH)


Good Luck Graphic #20

No comments:

Post a Comment

Menyingkap Sejarah Lalu